PKR BENCI PKR






Setelah sekian lama, saya kembali ke dunia blogging dengan satu isu menarik mengenai seorang ahli parlimen PKR. Siapalah lagi kalau bukan YB Gobalakrishnan @ gangster PKR.

Saya sertakan satu surat aduan dari pejabat PKR Cabang Kulim Bandar Baharu terhadap YB Gobalakrishnan dimana beliau telah menceroboh bilik setiausaha pejabat MPKK dan menunjukkan aksi hebat gangster beliau kepada pegawai disana.

Beliau turut membawa konco-konco dan anak beliau untuk membuat kecoh di pejabat tersebut. Saya tidak faham mengapa beliau bertindak begitu ganas dalam isu penjaja ini dimana beliau boleh berbincang dengan pegawai berkenaan. Inikah perangai MP yang perlu menjaga kepentingan masyarakat. Beliau hanya hendak mencari publisiti dan suka membuat kecoh untuk kepentingan sendiri beliau. Saya berpendapat anak beliau atau kawan-kawan beliau merupakan penjaja di kawasan tersebut dimana beliau dapat komisyen dari keuntungan mereka

YB Gobala juga bertindak kasar kepada pihak polis dimana beliau perlu menyelesaikan isu ini dengan damai. Beliau juga perlu menghormati pihak Polis yang tiba untuk meleraikan kekecohan yang berlaku.

Inilah perangai YB Gobala yang x berkhidmat untuk rakyat tetapi hanya tau untuk membuat kecoh. Saya rasa bagi beliau gelaran YB tu bukan "Yang Berhormat" tapi "Yang Berkecoh"

Bukan sahaja isu ini, saya juga pernah mendengar desas desus bahawa YB Gobala merupakan seorang perogol. Tetapi saya tidak tahu sejauh mana khabar angin ini benar. Say juga berharap khabar angin ini tidak benar tetapi kalau dibuktikan benar, saya tidak tahu nak cakap macam mana.

Inilah perangai ADUN dan MP PKR dimana kebanyakan mereka disabitkan dengan pelbagai kesalahan.Rakyat tidak akan tertipu lagi dengan gimik Pakatan Rakyat yang hanya membuat janji-janji kosong.

Sebenarnya sebelum saya menulis blog ni, saya agak keliru kerana saya merupakan seorang penyokong Barisan Nasional tetapi surat ini dikirimkan kepada saya oleh seorang sahabat dari parti Keadilan. Mungkin sahabat tersebut tidak dapat tahan lagi dengan perangai YB (Yang Berkecoh) Gobala.

Saya berharap semua yang membaca blog ini untuk berfikir sejenak mengenai masa depan negara kita jika Pakatan Rakyat diberi kuasa menjadi kerajaan persekutuan. Banyak lagi pejabat kerajaan akan diceroboh masuk. Kalau beliau boleh bertindak kasar dengan pihak Polis dan pegawai kerajaan, apakah nasib rakyat?

1 comments:

  1. tokapi said...

    Blah la Gobala.. dok buat samseng apa... hang ingat orang Padang Serai dok suka sangat dekat hang ka.. pirraaahhhhh.....



Copyright 2008 | Blogger Templates by GeckoandFly modified and converted to Blogger by Blogcrowds.

Distributed by Blogger Templates